loading...

Wednesday, December 5, 2012

Maut terjun longkang


Inalillahi wainailaihi rojiun

5 Disember 2012
SEREMBAN - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas lalu terjunam ke dalam sebuah longkang di Taman Pinggiran Senawang, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 malam itu, mangsa, Ayatullah Syahputra, 33, yang juga warga Indonesia maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala dua lagi rakannya yang merupakan warga Bangladesh terselamat, namun cedera parah di bahagian kepala.

Saksi kejadian, Jamil Isa, 48, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakannya sedang menonton perlawanan bola sepak di warung berhampiran tempat kejadian.

“Kami semua dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan bergegas ke tempat kejadian. Kami lihat kereta jenis Honda Accord lama terjunam di dalam longkang sedalam kira-kira 10 meter itu.

“Dua lelaki yang berada di dalam kereta itu sedang merintih kesakitan, manakala seorang rakannya tidak bergerak di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurut Jamil, dua lelaki Bangladesh itu bertindak memecahkan cermin tingkap untuk keluar dari kereta sebelum penduduk kampung menghulurkan tangga bagi membolehkan mereka naik ke atas.

“Kedua-dua lelaki Bangladesh itu berjaya naik ke atas, manakala rakan mereka warga Indonesia itu kelihatan kaku di tempat duduk penumpang dipercayai tersepit sebelum dikeluarkan anggota bomba,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu salah seorang warga Bangladesh itu dari arah Tampin menuju ke Senawang hilang kawalan lalu terbabas sebaik melalui selekoh tajam di tempat kejadian.

“Akibatnya, kereta mangsa terjunam ke dalam longkang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua rakannya cedera di kepala.

“Kedua-dua lelaki Bangladesh itu kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan menerima laporan kejadian.



Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-terjunam-masuk-longkang-1.109949


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my