loading...

Monday, December 3, 2012

1 Maut 10 Cedera Bas Rempuh Treler



Inalillahi wainailaihi rojiun

4 Disember 2012
GOPENG - Seorang maut manakala 10 cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori treler di Kilometer 304.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, bas ekspres dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh melanggar sebuah treler yang berada di kiri jalan.

Mangsa yang maut, pemandu bas ekspres itu, dikenali sebagai Abdul Rahim Bin Musa, 57, dari Ipoh.

Al-Fatihah



IPOH – Belum reda insiden yang mengorbankan seorang remaja, lima hari lalu, satu lagi nahas berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, di sini tengah malam tadi membabitkan sebuah bas ekspres dan treler serta menyebabkan seorang pemandu bas ekspres maut.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, mangsa, Abdul Rahim Musa, 57, maut di tempat kejadian selepas bas yang dipandunya membawa 13 penumpang merempuh bahagian belakang sebuah treler muatan air minuman.


Insiden yang berlaku di Kilometer 304.6 itu turut mengakibatkan 10 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, cedera.

Mangsa yang berasal dari Jalan Hospital, Ipoh mengalami kecederaan di kepala dan dada akibat tersepit di bahagian tempat duduk.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, hasil siasatan awal mendapati, bas yang dipandu di lorong perlahan itu secara tiba-tiba merempuh treler yang turut berada di lorong sama menyebabkan kenderaan remuk teruk di bahagian depan.

Menurutnya, anggota Bomba dan Penyelamat Gopeng dengan bantuan bomba Tapah diketuai Peguasa Bomba Kanan II, S Ganasan terpaksa menggunakan alat keselamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

“Sementara 10 penumpang yang cedera termasuk seorang parah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengambil keterangan pemandu treler, semua keterangan penumpang yang terselamat sudah direkodkan.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/lagi-nahas-lebuh-raya-dekat-gopeng-satu-maut-1.109519
tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/TERKINI_2_1354604715.html



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my