loading...

Sunday, December 2, 2012

Toyota Alphard rentung rempuh lembu



3 Disember 2012
MELAKA TENGAH - Suasana gembira sebuah keluarga yang baru pulang membeli-belah bertukar menjadi pengalaman menakutkan apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh seekor lembu, malam kelmarin.


Dalam kejadian jam 11 malam di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) itu, kereta Toyota Alphard yang dinaiki tujuh sekeluarga berkenaan hangus bersama barang-barang yang dibeli bernilai hampir RM1,300.

Mangsa Lim Yok Chin, 46, berkata, dia bersama enam ahli keluarganya termasuk tiga kanak-kanak berusia sembilan dan 10 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Muar, Johor selepas berbelanja di sebuah pusat membeli-belah terkenal di negeri ini.

“Setibanya di tempat kejadian, saya yang berada di lorong kiri dipotong oleh sebuah kenderaan lain sebelum terkejut melihat lembu tiba-tiba muncul di atas jalan.

“Saya gagal mengawal kenderaan kemudian merempuh lembu itu lalu terbabas sebelum melihat asap kecil keluar dari enjin kereta dan terus mengarahkan ahli keluarga keluar dari kereta,” katanya.

Yok Chin berkata, kira-kira 10 minit kemudian, kereta bernilai RM130,000 yang digunakan sejak 2010 itu terbakar tanpa sempat dia menyelamatkan barangan yang dibelinya di pusat membeli belah berkenaan.

“Walaupun mengalami kerugian, saya masih bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat dan tidak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ini malah berterima kasih kepada orang awam yang membantu menghubungi bomba.

“Bagaimanapun, bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku kepada pengguna lain, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri ini memasang tiang lampu sepanjang jalan yang sememangnya gelap dan pagar untuk mengelakkan binatang masuk ke dalam lebuh raya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/terbakar-lepas-langgar-lembu-1.109126
hmetro.com.my/articles/MPVrentunglanggarlembu/Article


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my