loading...

Friday, November 30, 2012

Guru Sekolah Memandu Maut

Inalillahi wainailaihi rojiun


30 November 2012
KAJANG: Seorang guru sekolah memandu maut selepas keretanya yang rosak dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 18.1 Lebuhraya Cheras-Kajang berhampiran susur Balakong, di sini semalam.

Ketika kejadian jam 10.30 pagi, kereta Perodua Kancil dipandu mangsa, Manap Repin, 73, tiba-tiba mengalami kerosakan menyebabkannya dia turun untuk memeriksa.


Mangsa dikatakan membuka bonet dan memeriksa bahagian enjin sebelum masuk semula ke dalam keretanya.

Bagaimanapun, sebuah SUV Honda CRV yang melalui laluan sama tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta mangsa.


Jurucakap polis berkata, mangsa yang berada di tempat duduk pemandu disahkan maut di tempat kejadian akibat mengalami hentakan yang kuat di bahagian dada.


“Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke sebuah institut memandu di Gombak untuk mengadakan ceramah kelas memandu,” katanya.

kibat rempuhan itu, bahagian belakang kereta mangsa remuk manakala pemandu Honda CRV berkenaan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.


Katanya, seorang pemandu sebuah treler yang mengekori kereta mangsa terselamat kerana sempat mengelak ketika kenderaan mangsa berhenti secara tiba-tiba.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kemalangan itu menyebabkan laluan dari arah Kajang ke Cheras sesak kira-kira tiga kilometer.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautkeretarosak/Article/index_html


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my