loading...

Wednesday, February 26, 2014

Pelajar Maut Rempuh Kereta Guru



26 Februari 2014
SEREMBAN – Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Pagi, di sini, maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Seremban -Tampin, berhampiran sebuah kuari, ketika dalam perjalanan ke sekolah, semalam.


Dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, N Thinesh, 19, pelajar tingkatan enam sekolah terbabit, maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan ke sekolah dari rumahnya di Ladang Perhentian Tinggi, Sungai Gadut.

“Sejurus sampai ke lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Mangsa tercampak ke atas jalan raya sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang datang dari arah Seremban,” katanya.

Menurutnya, kereta yang dipandu seorang guru wanita itu kemudian terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar pula sebuah motosikal lain.

Jurucakap berkata, pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal berusia 55 tahun mengalami  cedera parah.

“Pemandu kereta berusia 30 tahun yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Rembau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharudin Mustafa mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta  ke balai polis berhampiran atau menghubungi Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6014999 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-dalam-perjalanan-ke-sekolah-1.254829



1 comment:

  1. Kita merancang, Allah yg menentukn. Tiada siapa mampu menentukan nasib kita di hari esk. Ketika didalam musibah dan kesusahan,tentu kita menghargai pihak kedua meringankan beban untuk meneruskan kehidupan. Dengan perlindungan Takaful PruBSN, sbagai pihak kedua membantu dikala kesusahan,segala bil hospital kami bayarkan,hadiah berbentuk pampasan diberikan untuk meneruskan kehidupan.Dapatkan khidmat runding kepakaran kami dalam takaful secara PERCUMA.

    Abdul Rahman
    013-3743843

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my