Saturday, March 1, 2014

Maut rempuh kereta


1 Mac 2014
SEREMBAN – Seorang lelaki maut di tempat kejadian apabila motosikalnya dilanggar sebuah kereta yang baru sahaja keluar dari Plaza Tol Seremban di Kilometer 263.1, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 pagi itu, mangsa, yang hanya dikenali sebagai Rajamanikam, 56, mengalami cedera parah di bahagian kepala, serta beberapa anggota badan yang lain.

Menurut jurucakap polis, mangsa yang tinggal di Lukut Port Dickson dalam perjalanan berseorangan menuju ke Nilai untuk bekerja.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa secara tiba-tiba dirempuh sebuah kereta yang baru sahaja keluar dari Plaza Tol Seremban menuju ke arah Kuala Lumpur.

“Akibat daripada rempuhan tersebut, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas warna biru, melambung ke hadapan sebelum kepalanya terhentak di jalan raya, sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Walau bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan  kejadian tersebut.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-rempuh-kereta-1.255835


2 comments:

  1. fathullahfatt.blogspot
    tuntutan kemalangan

    ReplyDelete
  2. Kita merancang, Allah yg menentukn. Tiada siapa mampu menentukan nasib kita di hari esk. Ketika didalam musibah dan kesusahan,tentu kita menghargai pihak kedua meringankan beban untuk meneruskan kehidupan. Dengan perlindungan Takaful PruBSN, sbagai pihak kedua membantu dikala kesusahan,segala bil hospital kami bayarkan,hadiah berbentuk pampasan diberikan untuk meneruskan kehidupan.Dapatkan khidmat runding kepakaran kami dalam takaful secara PERCUMA.

    Abdul Rahman
    013-3743843

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount