loading...

Thursday, October 17, 2013

Wanita mengandung lima bulan maut


Inalillahi wainailaihi rojiun

17 Oktober 2013
PORT DICKSON - Seorang wanita yang mengandung lima bulan maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 13 Jalan Sua Betung - Air Kuning, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa, Norma Loman, 33, yang juga kakitangan Hospital Port Dickson memandu kereta jenis Proton Saga Aeroback secara bersendirian dari Air Kuning untuk ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, siasatan awal mendapati, kereta mangsa bertembung sebuah van jenis Nissan Venette di laluan bertentangan akibat jalan licin kerana hujan lebat.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa selepas menerima panggilan kecemasan.

"Mangsa tersepit di tempat duduknya dan mengalami kecederaan teruk pada organ dalaman," katanya.

Menurutnya,pemandu van terbabit, Ariffin Jantan, 42, bagaimanapun patah peha kiri dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis akan menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ridzuan Mohd Awin di talian 019-3803462,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abd Wahab berkata, jenazah mangsa dibawa ke Rumah Mayat Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga, tengah hari semalam.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/wanita-hamil-maut-nahas-1.211925



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my