loading...

Tuesday, October 15, 2013

Kanak-Kanak Dirempuh Lori Ketika Beraya



Inalillahi wainailaihi rojiun

15 Oktober 2013
Kuala Terengganu: Kepulangan Danial Hakimi Firdaus, 10, ke kampung untuk menyambut Aidiladha di rumah datuknya di Kampung Undang, Marang berakhir tragedi apabila dia terkorban akibat dirempuh sebuah lori tanah, semalam.

Kejadian berlaku jam 10 pagi ketika kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang dari kedai berhampiran rumah datuknya dengan menunggang basikal sebelum dirempuh lori yang datang dari arah Bukit Kor menghala Kampung Undang.

Danial Hakimi dilanggar cuma 100 meter lagi untuk sampai di rumah datuknya selepas pemandu lori terbabit yang berusia 60-an dipercayai gagal mengawal kenderaan itu ketika memotong sebuah kenderaan lain.

Ibu saudara mangsa, Suziyani Satdin, 26, berkata Danial Hakimi dan adiknya, Danish Mikail, 2, yang tinggal di Kuala Lumpur pulang ke kampung lebih awal bersama seorang lagi ibu saudaranya kerana ibu dan ayah mereka dijadualkan pulang semalam.

“Mereka dua beradik pulang bersama seorang lagi kakak saya. Sungguh saya tidak menduga keriangan arwah pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha berakhir tragedi,” katanya.

Sumber:
hmetro.com.my/articles/Dijemputajal//Article?HarianMetro



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my