loading...

Thursday, October 17, 2013

Anggota polis maut selepas pulang beraya


Inalillahi wainailaihi rojiun

17 Oktober 2013
MUAR - Seorang anggota polis maut selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Batu 12, Jalan Bakri-Air Hitam, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10 malam itu, Konstabel Mohd Ishak Morhasham, 26, dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat, Kelantan, meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia di Batu 5, Bakri, untuk menyambung semula kursus diikuti sejak beberapa bulan lalu.
Sebelum ini, Allahyarham Mohd Ishak dikatakan pulang bercuti bagi menyambut Aidiladha bersama keluarganya di Batu Pahat.

Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta Honda Civic dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Toyota dari arah Muar menghala ke Yong Peng, Batu Pahat.

Akibat rempuhan kuat, kedua-dua kenderaan terbabit terbabas ke bahu jalan dan orang awam turut sama membantu mengeluarkan Mohd Ishak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian.

Katanya, mayat berkenaan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta Toyota terbabit juga menerima rawatan di hospital sama.

“Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/anggota-polis-maut-nahas-jalan-raya-1.211943


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my