loading...
Tuesday, July 30, 2013
Tujuh kenderaan berlanggar
30 Julai 2013
BUKIT JALIL – “Lima minit sebelum insiden berlaku, terbayang dalam fikiran bagaimana jika saya dan keluarga terlibat dalam kemalangan. Tidak sangka saya betul-betul mengalaminya apabila kereta dipandu dilanggar dari belakang,” kata peniaga, Shafie Mohamad, 47.
Shafie berkata dia antara pemilik tujuh kenderaan yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke Kuala Lumpur pagi, semalam.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, pemandu sebuah lori membawa muatan kren yang berada dalam jarak empat kenderaan di belakangnya dipercayai gagal mengawal pemanduan dan melanggar sebuah lori.
Jelasnya, lori itu kemudian melanggar sebuah kenderaan berada di depan dan cuba mengelak, akibatnya ia terbabas dan memasuki kawasan semak bersebelahan lebuhraya.
Disebabkan jalan sesak ketika itu, Shafie berkata, lima lagi kenderaan termasuk sebuah lori kemudian berlanggar sesama sendiri dan kejadian turut menyebabkan kereta dipandunya remuk di bahagian depan dan belakang.
“Insiden itu berlaku terlalu pantas menyebabkan saya terkejut, tidak sempat menekan brek dan terlanggar kereta di depan pula.
“Sebelum itu ketika berada di simpang, saya sudah terbayang jika berlaku kemalangan membabitkan saya dan ahli keluarga, syukurlah ketika kejadian saya hanya memandu bersendirian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan akibat kemalangan itu, kesesakan berlaku hampir dua jam sepanjang dua kilometer dari Bandar Kinrara ke Kuala Lumpur
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kemalangan-tujuh-kenderaan-1.188126
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment