loading...

Tuesday, July 30, 2013

JPJ Gempur Ops Hari Raya


30 Julai 2013
Johor Bahru: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan ‘Ops Hari Raya’ bermula 1 hingga 18 Ogos ini dengan memberi penekanan terhadap 146 Kawasan Kerap Kemalangan (KKK) di seluruh negara bagi mengelak kemalangan maut.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menyelia dan menjalankan penguatkuasaan undang-undang lalu lintas sepanjang operasi itu berlangsung.


“Sebanyak 72 KKK yang dikenal pasti di seluruh negara akan dikawal selia pegawai dan anggota penguat kuasa JPJ, manakala baki 74 akan diserahkan kepada PDRM bagi tujuan sama.

“Kami akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di semua lokasi sebagai salah satu usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya.


Terdahulu, Ismail memantau Ops Khas Motosikal di Jalan Skudai, di sini, malam kelmarin.


Beliau turut mengumumkan penubuhan Skuad Muda 1JPJ yang akan digerakkan bersama pegawai dan anggota jabatan itu untuk membantu operasi penguatkuasaan serta menyalurkan maklumat berhubung salah laku lalu lintas.

Penubuhan Skuad Muda 1JPJ itu dilihat perlu bagi membantu melancarkan pelaksanaan undang-undang berikutan jumlah pegawai dan anggota penguat kuasa JPJ ketika ini adalah rendah berbanding jumlah pemandu dan kenderaan.


“Skuad ini akan membantu JPJ untuk mengawal selia lebih 2.7 juta kenderaan di seluruh negara dengan pertambahan 1.5 juta kenderaan baru setiap tahun,” katanya.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/2013073006112720130730061127/Article/index_html


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my