loading...

Tuesday, September 20, 2011

Pencari Besi Buruk Maut


SEREMBAN ā€“ Seorang pencari besi buruk maut apabila basikal yang ditungganginya dilanggar dalam kejadian langgar lari di Jalan Batu 6, Kuala Sawah, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, mangsa, V Mohan, 49, yang bersendirian datang dari arah Mambau menuju ke rumahnya di sekitar Kuala Sawah.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa dilanggar kenderaan lain dari arah belakang.

ā€œPerlanggaran itu menyebabkan bapa kepada dua anak itu tercampak atas jalan, sementara basikalnya terhumban ke dalam longkang di kawasan terbabit.

ā€œMangsa yang cedera teruk di kepala dan badan, mati di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Jaā€™afar Seremban untuk bedah siasat,ā€ katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerusi talian 06-603 3394 atau balai polis berdekatan,ā€ katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my