loading...

Wednesday, September 21, 2011

Maut Terjunam Ke Dalam Gaung


JALAN GAP – Seorang lelaki maut serta merta selepas kereta yang dinaiki bersama pemandu terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung dekat Kilometer 77 Jalan Raub – Gap jam 11.50 malam, kelmarin.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata, mangsa Lim Siong Kang @ Lim Beng Kang, 62, dan tinggal di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menurutnya, mangsa bersama pemandu dari arah Raub ke Bukit Fraser tetapi terbabas ke kiri jalan ketika tiba di tempat kejadian.

“Kenderaan itu bertembung pengadang jalan sebelum terjunam ke bawah gaung berhampiran sungai lalu terbalik.

“Berikutan kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu mendapat kecederaan di kepala,” katanya.

Mohd Nazlan berkata, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya, kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini diminta tampil membantu polis menjalankan siasatan.

“Penduduk juga boleh menghubungi talian kilat polis Raub menerusi 09-3554999 untuk menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan atau kecemasan lain,” katanya.

Sumber: SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my