loading...

Monday, September 19, 2011

Pelajar Perempuan Maut


Inalillahi wainailaihi rojiun

SUBANG – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat, maut selepas dirempuh dua kereta dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 13.7, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), berhampiran susur masuk Putera Height arah Shah Alam, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa, Siti Nadrah Mohd Asri, 16, maut di tempat kejadian.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansor berkata, mangsa bersama bapa, ibu saudara dan sepupunya dalam perjalanan dari Seremban ke Shah Alam.

Menurutnya, kereta dipandu hilang kawalan sehingga merempuh pembahagi jalan sebelum berpusing ke arah bertentangan.

“Sebuah kereta dari arah sama, merempuh kereta mangsa dan dipercayai mangsa yang duduk di bahagian belakang tercampak ke laluan bersebelahan dan dirempuh sebuah lagi kereta,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut disebabkan pemukaan jalan licin selepas hujan lebat.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my