loading...

Sunday, January 5, 2014

Nyaris Maut Dirempuh Lori



5 Januari 2014
LUNAS - Seorang lelaki berusia 50-an nyaris maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Paya Serdang berdekatan Hi-Tech kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, mangsa datang dari jalan Kilang Lama menuju ke Padang Meha.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, lori yang datang dari arah bertentangan tidak nampak kereta dipandu mangsa dan memotong sebuah lori di hadapannya.

“Sebaik memotong, pemandu lori ternampak kereta mangsa datang dari arah hadapan. Pemandu lori cuba mengelak bagaimanapun kereta mangsa hilang kawalan sebelum dirempuh. Mangsa tersepit di tempat duduk dan mengalami kecederaan di kepala.

"Polis yang tiba di tempat kejadian kemudian memaklumkan tentang kejadian itu kepada bomba untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, pihaknya menasihatkan kepada semua pemandu kenderaan berat supaya lebih berhati-hati ketika hendak memotong.

"Selain itu mereka harus memastikan tidak ada kenderaan lain datang dari arah bertentangan.

"Dalam keadaan berat, sebuah lori tidak dapat membrek dalam jarak yang dekat," katanya.


Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/nyaris-maut-dirempuh-lori-1.237258



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my