loading...

Tuesday, February 12, 2013

Tidak kesampaian ziarah keluarga



Inalillahi wainailaihi rojiun

12 Februari 2013
BAGAN SERAI - Niat seorang lelaki ingin menziarah keluarganya di Simpat Empat, Semanggol tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Gula, di sini sekitar jam 12.45 tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian itu, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang Alias Ismail, 56, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang dirempuh sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Kurau ke Simpat Empat untuk menziarahi keluarga.

Bagaimanapun, menurutnya, mangsa dirempuh kereta yang datang dari arah bertentangan setelah motosikal ditungganginya dikatakan hilang kawalan secara tiba-tiba.

“Memandangkan keadaan jalan lengang ketika itu, pemandu kereta tersebut tidak menyangka mangsa hilang kawalan menyebabkan berlakunya rempuhan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di leher, badan dan kaki serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mat Fauzi berkata, mayat mangsa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Jelasnya, pemandu kereta berkenaan pula cedera di muka dan kepala akibat terhentak di stereng kereta sewaktu perlanggaran berlaku.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/tak-sempat-ziarah-keluarga-1.130357


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my