loading...
Friday, February 15, 2013
Suri rumah maut
Inalillahi wainailaihi rojiun
15 Februari 2013
KEPALA BATAS - Seorang suri rumah maut selepas kereta dipandunya terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebatang pokok di Jalan Lahar Kepar menghala ke Penaga, di sini kira-kira 8.30 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata Zailan Samad, 48, yang memandu seorang diri mengalami kecederaan parah akibat rempuhan kuat itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya ketika kejadian wanita itu dalam perjalanan balik dari pasar di sini dan kemalangan berlaku kira-kira tiga kilometer untuk sampai ke rumahnya di Taman Penaga.
Sementara itu suami wanita itu, Zulkhahar Hanafiah, 50, yang ditemui di bilik mayat Hospital Kepala Batas (HKB) berkata isterinya pergi ke pasar setiap hari bagi membeli barangan runcit untuk dijual.
"Kami berniaga kecil-kecilan pelbagai makanan ringan," katanya dan menurutnya dia dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh kenalannya. - Bernama
Al-Fatihah
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/semasa/suri-rumah-maut-kereta-rempuh-pokok-1.131534
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment