loading...

Wednesday, September 12, 2012

Datuk Maut Cucu Parah

12 September 2012

KINABATANGAN - Seorang lelaki maut, manakala cucunya cedera parah selepas motosikal yang mereka tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 7 Jalan Sukau-Kinabatangan semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, Bantok Ambok Tan, 60, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Kinabatangan oleh orang awam sementara Mohd. Akmal Aiman, 9, yang cedera parah di kepala dan tangan, masih menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Menurutnya, insiden berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi, ketika motosikal yang ditunggangi Bantok bersama cucunya keluar dari simpang dan dilanggar sebuah kereta yang menuju ke arah Sandakan.

Beliau berkata, pemandu kereta itu telah membuat laporan polis mengenai insiden itu.

Rowell berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik di talian 089211222. - BERNAMA

Sumber:
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my