loading...

Monday, November 14, 2011

Tiga Remaja Maut Bertembung Treler


  Inalillahi wainailaihi rojiun 

PASIR PUTEH – Tiga remaja maut apabila kereta Proton Wira yang mereka naiki terbabas dan bertembung dengan sebuah treler di Kampung Wakaf Lichong di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata mereka yang terbunuh dikenali sebagai Mohd Adli Arifin, 21, Mohd Shahrolazuan Mohd Hazli, 21, pemandu kereta itu dan Mohd Shahrol Syazuan Mohd Rosli, 23.

"Kesemua mereka dari Taman Madani dan Taman Indah, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata ketika kejadian pukul 4.30 pagi itu, kereta tersebut yang dalam perjalanan dari Jerteh ke Kota Baharu bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.

Pemandu treler berkenaan Ahmad Yunus, 56, terselamat.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata pihaknya mengambil masa 25 minit untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta dengan memotong bumbung dan pintu kereta yang remuk itu.

Kesemua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Bapa kepada Mohd Shahrolazuan, Mohd Hazli Abidin, 43, ketika ditemui di Hospital Tengku Anis di sini berkata beliau mendapat berita tentang kematiannya pada pukul 7 pagi. - Bernama

Al-Fatihah

Sumber: Kosmo
             Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my