loading...

Monday, November 14, 2011

Pelajar Sekolah Menengah Sri Pancing Selatan Maut

 Inalillahi wainailaihi rojiun

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan satu maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta berhampiran simpang Air Terjun Pandan, dekat sini, ketika dalam perjalanan ke sekolahnya di sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohd Faeznur Farhan, 13, pelajar Sekolah Menengah Sri Pancing Selatan itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menurut Pegawai Penguat Kuasa Pentadbiran Trafik Pahang, ASP Zainalabidin Othman, dalam kejadian 7.50 pagi itu, mangsa dari arah Sungai Pancing Utara menuju ke sekolahnya.

"Sampai tempat kejadian, mangsa dipercayai telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Iswara yang dipandu seorang peneroka, Basri Amat, 57 tahun," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Zainalabidin berkata pemandu kereta Proton Iswara tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.


"Mangsa juga tidak memiliki lesen memandu yang sah dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Bernama

Al-Fatihah

Sumber: myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my