loading...

Sunday, December 16, 2012

Kampung Kuala Kangkong Kiri tiada lampu jalan

16 Disember 2012
ALOR SETAR - Seorang penduduk Kampung Kuala Kangkong Kiri memohon pihak berwajib memasang lampu jalan di kawasan kampung berkenaan.

Penduduk, Siti Haidah Mohamad, 41, berkata, permohonan itu dikemukakan kerana dikhuatiri berlaku kejadian yang tidak disangka terutamanya kes kemalangan.

“Kawasan jalan terbabit sering berlaku kemalangan hingga menimbulkan ketakutan dan kerisauan kepada penduduk kampung untuk menggunakannya terutama pada waktu malam kerana kurangnya sumber pencahayaan hingga menyebabkan kawasan menjadi gelap.

“Kalau tidak berlaku kemalangan maut, mesti juga berlaku kemalangan biasa yang membawa kecederaan ringan ataupun parah,” katanya.

Menurutnya, selain penduduk Kampung Kuala Kangkong Kiri, laluan itu juga yang sering digunakan penduduk Kampung Alor Pulai, Kampung Sungai Nanong dan Kampung Sungai Papan bagi menyelesaikan beberapa tujuan termasuk menghantar anak ke sekolah dan membeli barang keperluan seharian.

Katanya, terdapat kira-kira antara 10 hingga 11 tiang di kawasan jalan berkenaan, dan jika pihak terbabit tidak mampu memasang lampu di kesemua tiang itu, memadai hanya secara berselang sahaja iaitu sebanyak lima lampu supaya keadaan gelap dapat dikurangkan.

Siti Haidah berkata, masalah ini sudah pun dipanjangkan kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) hampir setiap tahun, malahan mereka ini sudah menghantar usul ke peringkat atasan termasuk Pejabat Daerah Kota Setar namun masih tiada maklum balas diterima.

Katanya, dia kecewa kerana sudah lama permohonandikemukakan namun masih tiada tindakan diambil bagi mengelakkan lebih banyak kemalangan berlaku.

“Jadi saya berharap, semoga permohonan kami dipercepatkan," katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/laluan-maut-tiada-lampu-1.113043


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my