loading...

Sunday, July 8, 2012

Maut Dirempuh Bas



SEREMBAN 2 - Seorang wanita maut apabila kereta dinaikinya dirempuh sebuah bas di persimpangan belakang pusat membeli-belah Aeon, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa, M. Saivarami, 57, meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lelaki berusia 50-an yang memandu kereta jenis Nissan Sunny dikatakan mahu membelok ke arah kanan di satu persimpangan di belakang pasar pusat membeli-belah berkenaan.

“Pemandu kereta itu tidak sedar bas di laluan bertentangan, lalu terus membelok ke arah kanan menyebabkan bas berkenaan merempuh bahagian kiri kenderaan terbabit.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta terbabit berpusing dan melanggar sebuah lagi kereta jenis Proton Wira yang berhenti di persimpangan berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian tempat duduk penumpang hadapan cedera parah, manakala pemandu kereta berkenaan cedera ringan.

“Pasukan penyelamat terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Bagaimanapun, wanita berkenaan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.

“Pemandu bas terbabit juga sudah membuat laporan polis dan punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/wanita-maut-kereta-dirempuh-bas-1.64869

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my