loading...

Sunday, July 8, 2012

Kerani Bank Maut


Inalillahi wainailaihi rojiun   

SERDANG – Tindakan seorang pemandu lori cuba mengelak sebuah kenderaan yang berhenti secara tiba-tiba di simpang Jalan SR 2/2, Jalan Serdang Raya di sini menyebabkan seorang penunggang motosikal terbunuh dalam satu kemalangan, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia selepas lapan jam mendapatkan rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti mengejut di laluan sama.

Katanya, lori berkenaan yang dalam perjalanan hendak mengambil muatan sampah di Pasar Borong Selangor itu dikatakan memasuki laluan bertentangan dan bertembung penunggang motosikal yang datang dari arah Seri Kembangan.

“Mangsa Hisyamuddin Rahmad, 27, kerani bank yang menunggang sendirian disahkan meninggal dunia oleh doktor unit kecemasan Hospital Serdang pada jam 7.17 petang kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan,”katanya.

Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-8074 2222 atau 0169055595 untuk membantu siasatan.


Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kerani-bank-maut-bertembung-lori-1.64585

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my