loading...

Saturday, July 16, 2011

Hapus Bendul Jalan Taman Putri


TAMAN PUTRI - Penduduk Jalan Sri Putri 6/10, di sini bingung dengan tindakan pihak kontraktor menaik taraf jalan di kawasan itu yang didakwa menghapuskan bendul jalan yang terdapat pada laluan di hadapan rumah mereka.

Penduduk, Hamdan Latip, 45 berkata, keadaan itu mengundang bahaya kepada penduduk setempat terutamanya kanak-kanak kerana laluan berkenaan sering dijadikan lokasi memandu dengan laju.

“Sepanjang laluan ini (Jalan Sri Putri 6/10) ada tiga bendul jalan termasuk satu bendul yang baru dibina awal tahun ini.

“Bagaimanapun, satu daripada bendul berkenaan telah ditutup dan diturap sekali ketika kerja-kerja menaik taraf jalan dilakukan di laluan ini,” katanya.

Menurutnya, pada asalnya bendul berkenaan dibina bagi mengelakkan kemalangan yang sering berlaku di kawasan itu namun penduduk setempat mula kebingungan apabila bendul itu ditutup semula.

Hamdan berkata, penduduk setempat juga telah memaklumkan kepada pihak kontraktor yang melakukan kerja menaik taraf jalan itu agar bendul di kawasan itu tidak ditutup tetapi tidak dihiraukan.

Menurutnya, sehubungan itu, dia berharap masalah berkenaan mendapat perhatian wajar dari pihak berwajib agar bendul di kawasan itu dibina semula supaya tidak mengundang risiko kepada penduduk setempat.

“Baru-baru ini turut berlaku kemalangan membabitkan anak penduduk di sini sehingga menyebabkan kecederaan teruk,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Mohd Halim Ridhauddin berkata, masalah berkenaan telah dimaklumkan kepada MPKu dan sedang dalam proses tindakan untuk membina semula bendul yang ditutup.

“Kami sedia maklum masalah berkenaan dan kami akan mengambil tindakan membina semula bendul dan lintasan ‘zebra’ di kawasan itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my