loading...
Wednesday, April 17, 2013
Kelindan maut tersepit
Inalillahi wainailaihi rojiun
17 April 2013
KAMPAR – Seorang kelindan maut tersepit apabila lori yang dipandu rakannya merempuh sebuah lori rosak yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 293.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran Gopeng di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa, Mohd Izwan Aswad Iderus, 34, yang berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor meninggal dunia akibat mengalami cedera di beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan dua lori itu menyebabkan kelindan terbabit maut di tempat kejadian manakala pemandunya cedera ringan.
“Lori tiga tan yang dinaiki kedua-dua mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.
“Mayat berjaya dibawa keluar anggota Bomba dan Penyelamat Gopeng selepas bertungkus lumus lebih 20 minit manakala pemandu terbabit berjaya menyelamatkan diri,” katanya.
Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.
“Polis masih menyiasat punca kemalangan berikutan keadaan jalan yang lurus dan cuaca baik ketika kejadian,” katanya.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kelindan-maut-tersepit-1.150822
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment