loading...

Wednesday, July 18, 2012

Pelajar Maut Dilanggar 2 kenderaan

Inalillahi wainailaihi rojiun  

KUANTAN - Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Km53, Jalan Temerloh-Kampung Awah, dekat Temerloh.

Dalam kejadian 6.15 petang semalam itu, Mohd Syazwan Amin Sobri, 15, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menurut Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Rizal Abdullah, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal dari arah Temerloh menuju ke Kampung Awah.

"Mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kereta jenis Toyota Avanza tetapi terlanggar bahagian kanan belakang kereta terbabit.

"Mangsa jatuh lalu tercampak ke laluan bertentangan, sebuah pacuan empat roda dan Pperodua Alza dari arah bertentangan, melangggar mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mangsa yang tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu itu, cedera parah di kepala dan badan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, pemandu lori R.Pathmeshand, 23, maut selepas kenderaannya terbabas dan terbalik sebelum dirempuh sebuah kereta Perodua Kancil di Km16 Jalan Jerantut-Temerloh pagi semalam.  - Bernama

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my