loading...

Thursday, July 19, 2012

Patah Tengkuk

Inalillahi wainailaihi rojiun   

PASIR MAS - Seorang pengawal keselamatan sekolah menengah dekat sini, patah tengkuk setelah terlibat dalam kemalangan di Kampung Perangkap, jam 9.30 pagi, semalam.

Mangsa, Mohd Rosli Amri Mat Ali, 24, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah, selepas tamat kerja malam.

Ketua Polis Pasir Mas, Haliludin Rahim berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125 ZR, dari Tendong ke Bunut Susu, dipercayai cuba memotong lori dari arah sama.

Namun, tidak sempat lalu bergeser dengan kereta Wira yang dipandu dari arah bertentangan.

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa terpelanting 21 meter dari tempat kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati, mangsa yang memakai topi keledar, tidak mengalami kecederaan lain selain di tengkuk,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi yang melihat kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Pasir Mas untuk membantu siasatan dengan menghubungi 09-7932222.

Sementara itu, Ketua Pengawal Keselamatan sekolah, Mohd Samsul Abd Rahman berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap rakannya, Rosli adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.

Menurutnya, arwah banyak termenung dan mendiamkan diri ketika memulakan kerja malam, kelmarin.

“Kebiasaannya, arwah akan ceria ketika bertugas mengawal keselamatan sekolah, bersama dua lagi rakan kami.

“Namun malam itu, arwah kelihatan murung dan ia berterusan sehingga tamat bertugas, jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Ali Abd Kadir, 56, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak ketiga daripada enam beradik ini, adalah malam sebelum kemalangan.

Menurutnya, dia yang baru sahaja pulang dari Johor, tidak menyangka anaknya akan pergi, lebih dahulu daripadanya.

“Arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dalam Pitor, Teliar, selepas solat Asar,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/jaga-maut-patah-tengkuk-1.68024

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my