loading...

Saturday, July 21, 2012

Guru dan 2 pelajar dirempuh



TAMPIN - Guru sekolah memandu dan dua pelajarnya berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki dirempuh dari arah belakang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, kereta jenis Perodua Kancil itu dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 16, Jalan Tampin-Gemas, di sini, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tebong.

Guru terbabit, Mohamad Nor, 55, dan seorang pelajarnya dilaporkan parah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, ketika kejadian, guru terbabit dalam perjalanan menghantar dua pelajarnya pulang ke rumah di Kampung Pondoi, di sini.

“Sebaik sahaja tiba di persimpangan masuk ke kampung pelajar terbabit, guru berkenaan memperlahankan kenderaan untuk membelok ke sebelah kiri jalan.

"Bagaimanapun, tiba-tiba sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun merempuh kereta terbabit dari arah belakang," katanya.

Menurutnya, berikutan rempuhan itu, kereta berkenaan hilang kawalan dan melanggar tiang batu pondok menunggu bas.

"Guru terbabit yang cedera parah dihantar ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan tetapi kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk rawatan lanjut.

"Sementara, pelajar yang duduk di tempat duduk belakang, Norhanisa Abd Hamid, 21, dihantar ke Hospital Melaka, manakala seorang lagi pelajar tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/guru-kelas-memandu-parah-1.68772

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my