loading...

Saturday, June 23, 2012

Remaja Maut Bertembung Perodua Kancil

Inalillahi wainailaihi rojiun   

KUALA MUDA - Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung engan sebuah kereta  dalam kemalangan dekat pintu masuk utama Universiti Aimst petang kelmarin. Bapa mangsa, Elias Abu Hassan, 52, berkata, sebelum  kejadian, anaknya, Mohd Ezham, 16, sempat makan nasi tengah hari di rumah sebelum keluar.

“Dia baru sahaja balik sekolah tengah hari tadi dan sempat makan di rumah,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, selepas Mohd Ezham makan di rumah mereka di Taman Lembah Permai, Sungai Lalang, anaknya itu  memaklumkan kepada isterinya ingin berjumpa rakan dan terus keluar dari rumah .

Pada mulanya, anak bongsunya itu ingin tidur selepas makan tetapi berubah fikiran untuk keluar sebentar menemui rakan. Bagaimanapun, Elias berkata, tiada sebarang perubahan ganjil terhadap kelakuan Mohd Ezham sebelum  ejadian.

Sementara itu, sumber polis memberitahu, mangsa bersama rakan-rakan baru pulang dari Pusat Rekreasi Tupah dan sedang dalam perjalanan dari arah Singkir ke pekan Bedong.

“Kejadian berlaku apabila motosikal yang  dinaiki bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang datang dari arah Bedong ingin membelok masuk ke Universiti Aimst. “Kemalangan terbabit menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk pengebumian.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/kemalangan-remaja-maut-motosikal-ditunggang-bertembung-kereta-1.59678

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my