loading...

Saturday, June 23, 2012

Maut terperosok bawah treler



Inalillahi wainailaihi rojiun    

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas lalu merempuh sebuah treler di Kilometer 260.4 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa, Mohamad Zainurin Salleh, 22, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC sendirian maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang bekerja di sebuah pasaraya di Nilai, dekat sini dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Senawang. “Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai terbabas lalu merempuh bahagian belakang treler muatan besi yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa bersama motosikalnya terperosok di bawah kanan belakang tayar treler terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam. Sementara itu, pemandu treler berusia 32 tahun dikatakan  dalam perjalanan dari Bukit Raja, Klang ke Tampin bagi menghantar gegelung besi.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah yang mengesahkan menerima laporan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini untuk bedah siasat dan telah dituntut ahli keluarga,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kemalangan-terperosok-bawah-treler-1.59639

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my