loading...

Friday, February 24, 2012

Pelajar dan bayi maut

Inalillahi wainailaihi rojiun 

IPOH - Seorang pelajar sekolah dan seorang bayi adalah antara tiga orang yang terbunuh dalam kemalangan berasingan di Perak semalam.

Pemangku Ketua Polis Trafik negeri Deputi Supritendan Mohamad Roy Suhaimi berkata, dalam kejadian di kilometer 67 Jalan Tapah-Kuala Lumpur dekat Bidor pada 7.45 malam, Mohamad Khairul Anuar Zuri, 13, pelajar Sekolah Menengah Seri Bidor, terbunuh selepas dilanggar lori ketika terjatuh dari basikalnya.

"Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia sejam kemudian di Hospital Tapah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian di Taiping pada 1.30 petang, bayi berusia 11 bulan, Sara Khadijah Mohd Shahzrul Nazrin, meninggal dunia di Hospital Taiping selepas kereta yang dipandu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di kilometer 2.4 Jalan Taiping-Sepetang.

Bapanya Mohd Shah Nazrin, 35, dan ibunya Nurul Aini Abdullah, 34, cedera di kepala dan kaki dan mereka turut dirawat di hospital yang sama.

Keluarga itu berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Dalam kejadian di Kuala Kangsar pada 8.40 malam tadi, Muhamad Badrul Hisham Mohd Khairuddin, 24, terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta apabila motosikal yang ditungganginya terbabas ketika dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Lenggong. — BERNAMA

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my