loading...

Wednesday, November 9, 2011

Tergamam Lihat Nenek Melambung

Inalillahi wainailaihi rojiun

KANGAR: Seorang kanak-kanak terpaksa berlari menyembunyikan diri akibat tergamam melihat neneknya melambung dirempuh sebuah motosikal ketika mereka melintas jalan untuk ke kenduri di Kampung Pauh, Sanglang, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, warga emas, Aishah Mat, 79, cedera di pinggang dan paha sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.


Namun, tindakan cucu mangsa berusia lima tahun menyembunyikan diri selepas kejadian itu menimbulkan panik dalam kalangan ahli keluarga yang khuatir kanak-kanak terbabit turut terpelanting ke dalam terusan berhampiran.

Seorang cucu Aishah yang enggan nama disiarkan berkata, selepas kejadian, dia dimaklumkan sepupunya itu gagal dikesan dan dikhuatiri terpelanting ke dalam sebuah terusan berhampiran rumah neneknya.


“Nenek dipercayai sempat menolak sepupu saya ke tepi jalan sebelum arwah dirempuh sebuah motosikal ketika mereka melintas jalan dipercayai mahu menghadiri majlis kenduri korban di rumah rakan.


“Sepupu saya ditemui selepas kira-kira 20 minit dalam keadaan trauma tidak jauh dari lokasi kejadian. Dia mungkin tergamam dan tidak mampu bersuara selepas melihat nenek dirempuh motosikal di depan mata.

“Dua lagi sepupu yang mengikuti nenek ke tempat kenduri sudah melangkah jauh ke hadapan sebelum berpatah semula ke tempat kejadian apabila melihat nenek terbabit kemalangan.


“Kejadian berlaku beberapa meter dari rumah nenek yang terletak di seberang jalan. Laluan itu gelap kerana tiada lampu jalan,” katanya ketika hadir menuntut jenazah Aishah di Bilik Mayat HTF sejurus selepas kejadian.

Bagaimanapun, remaja perempuan berusia 19 tahun yang dipercayai merempuh warga emas berkenaan dilaporkan turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan lanjut di HTF.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, mengesahkan kejadian yang mengorbankan nyawa seorang wanita warga emas di Jalan Alor Setar-Kangar berhampiran Kampung Pauh, Sanglang, dekat sini.


Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama cucunya melintas jalan untuk menghadiri kenduri Aidiladha yang berlangsung di seberang jalan terbabit.

Al-Fatihah

Sumber: myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my