loading...

Monday, November 7, 2011

Remaja Maut Rempuh Kedai Batu Nisan



Inalillahi wainailaihi rojiun

KOTA BHARU 6 Nov. – Seorang remaja maut apabila kereta yang dinaikinya bersama seorang rakannya merempuh sebuah kedai membuat dan menjual batu nisan di Kampung Chicha di sini, awal pagi ini.

Dalam kemalangan pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Abdul Hanif Ab. Hamid, 18, yang duduk di bahagian hadapan penumpang kereta cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakannya, Mohd. Riduan Ar Azmi, 22, yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback itu bagaimanapun terselamat dan mengalami kecederaan ringan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipercayai dipandu dengan laju itu hilang kawalan lalu melanggar sebatang tiang elektrik sebelum merempuh kedai terbabit.

Katanya, semasa kejadian, kedua-duanya dalam perjalanan dari arah Pasir Tumboh ke Kubang Kerian.

“Separuh kereta tersebut masuk ke dalam kedai berkenaan yang tidak berpenghuni,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

Ibu Abdul Hanif, Fauziah Pak Muda, 57, memberitahu, anaknya itu keluar dari rumah mereka di Beris Kubu Besar, Bachok, pada pukul 10 malam kelmarin.

Katanya, anak ketujuh lapan beradik itu bekerja sebagai mekanik di bengkel kenderaan milik ayahnya.

Al-Fatihah

Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my