loading...

Monday, November 7, 2011

Ibu dan Anak Kecil Maut Kereta Terbalik



Inalillahi wainailaihi rojiun

KUANTAN: Dua beranak terbunuh selepas kereta Honda Accord yang dinaiki bersama empat anggota keluarga lain terbabas di simpang Kampung Batu Tanah Merah dekat Jalan Kuantan-Pekan hari ini.

Mangsa yang maut, Yusmawati Mat Yusof, 36 dan anak lelakinya, Ahmad Rizqin Ramli, 2, berasal dari Taman Cenderawasih di sini.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir dan Trafik Negeri, ASP Zainalabidin Othman, berkata dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa bersama anggota keluarganya dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Pekan.

Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa dan anaknya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami mereka," katanya ketika dihubungi.

Zainalabidin berkata, empat lagi penumpang belum dikenal pasti dan mereka dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan.

Mayat mangsa turut dibawa ke HTAA untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi urusan pengebumian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Al-Fatihah...

Sumber: Berita Harian
             myMetro

kemalangan jalan raya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my