loading...

Tuesday, October 4, 2011

Kemalangan Warga Emas Bersama Cucu

Inalillahi wainailaihi rojiun

JERTIH - Seorang tukang urut maut manakala cucunya parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 3, Jalan Seberang Jertih- Kuala Besut dekat sini, semalam.

Mangsa, Mohamad Jusoh, 64, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, manakala cucunya yang parah dikenali sebagai Aziq Hasni Cik Mohd Rozani, 3.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kemalangan jam 8.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu mangsa dari arah Jertih–Kuala Besut merempuh belakang sebuah kereta Perodua Kancil dari arah sama yang ingin membelok ke simpang kanan, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Puteri.

Menurutnya, Perodua Kancil itu dilaporkan berhenti untuk membelok ke kanan dan secara tiba-tiba dilanggar dari belakang sebelah kanan oleh kenderaan mangsa.



“Pelanggaran itu menyebabkan Perodua Kancil dipandu Mohd Shahril Abu Bakar, 26 tahun terhumban ke depan lalu merempuh sebatang pokok di sebelah bahu kanan jalan.

“Pada masa sama kereta yang dinaiki mangsa bersama cucunya masuk ke laluan bertentangan sebelum datang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria dipandu seorang guru dari arah Kuala Besut dan tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta mangsa,” katanya.

Menurut Kamaruddin, kejadian itu menyebabkan kenderaan mangsa rosak teruk dan mangsa tersepit di tempat pemandu dan terpaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Cucu mangsa pula mengalami kecederaan parah dengan patah lengan kiri, retak tempurung kepala dan cedera di beberapa anggota badan termasuk muka.

Mangsa beralamat di Kampung Pusu Tinggi kira-kira dua kilometer daripada tempat kejadian, manakala pemandu dua kereta lain dari Kampung Tok Has.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Besut manakala Aziq Hasni dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Sementera itu pemandu MPV, Zulkifli Hamzah seorang guru di daerah ini dan rakannya serta pemandu Perodua Kancil hanya mengalami kecederaan ringan.

Kamaruddin berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

‘Jika tahu Tok Ki kemalangan saya akan keluar bantu’

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Puteri, Syatirah Mohd Rozani, 11, tidak menyangka bunyi dentuman kuat berhampiran sekolahnya pagi semalam rupa-rupanya kemalangan jalan raya membabitkan datuknya, Mohamad Jusoh dan adiknya, Aziq Hasni, 3 tahun.

Menurutnya Syatirah, ketika berada dalam kelas, dia terdengar bunyi dentuman kuat dan mengetahui ia adalah kemalangan namun tidak mengetahui mangsa yang terlibat.:

“Saya mengetahui kejadian sebenar selepas orang lain datang menjemput saya pulang dari sekolah waktu tengah hari dan bukannya Tok Ki (datuk) saya seperti hari biasa.

“Saudara yang datang menjemput saya itu tidak memberitahu apa-apa sebaliknya terus membawa pulang ke rumah dan sebaik tiba di rumah, baru saya tahu Tok Ki meninggal dunia selepas terbabit kemalangan yang saya dengar pagi itu,” katanya sayu ketika di temui di rumahnya di Kampung Pusu Tinggi.

Syatirah berkata, sekiranya dia tahu pelanggaran itu membabitkan datuknya, sudah pasti dia akan berlari keluar dari bilik darjah untuk pergi membantu datuknya di tempat kejadian yang terletak kira-kira 50 meter dari kawasan sekolahnya.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan mangsa adalah ketika datuknya menghantarnya ke sekolah pagi itu (pagi semalam).:

Sementara itu menurut isteri Mohamad, Azizah Mat Sulaiman, 64, suaminya memang rapat dengan Syatirah dan Aziq Hasni kerana dua cucunya itu dijaga semenjak kecil lagi, manakala ibu mereka bekerja di Johor Bahru dan bapanya di Kerteh, Dungun.

Katanya, Muhammad Aziq yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan kerana cedera parah, tersedar sebaik tiba di Hospital Besut sejurus selepas kejadian dan masih bertanya di mana datuknya.

“Ketika dia sedar sekejap, dia celik mata dan bertanya di mana Tok Kinya. Tapi orang beritahu Tok Ki ada di luar bilik kecemasan,” kata Azizah sedih.

Menurutnya, suaminya keluar rumah pagi semalam untuk menghantar Syatirah ke sekolah yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya bersama-sama Aziq Hasni yang mahu ikut serta.

Azizah juga tidak menyangka gurauan selama ini bahawa suaminya akan mati secara mengejut kerana dia tidak pernah demam mahupun sakit, namun ia benar-benar menjadi kenyataan.

Mohamad meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia 23 hingga 38 tahun dan jenazahnya selamat dikebumikan dia Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Puteri selepas solat Asar semalam. Al-Fatihah

Sumber: Sinar Harian
              The Borneo Post

Tali pinggang keledar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my