loading...

Thursday, October 6, 2011

Empat Daripada Lima Pelajar UiTM Maut

 Inalillahi wainailaihi rojiun

MACHANG: Hasrat lima penuntut untuk melepaskan tekanan selepas tamat peperiksaan bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM4.2 Jalan Machang-Pasir Puteh hari ini, mengakibatkan empat daripada mereka maut.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Mohd Shamil Malik, dari Batu Pahat, Johor dan Mohd Rizal Mohd Zain, dari Kluang, Johor, mati di tempat kejadian.

Manakala Mohd Faizuddin Jamil, 19, dan Sazuan Rosli, 19, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Malek Bedut, berkata kesemua penuntut berusia 19 tahun itu adalah penuntut tahun dua dan tiga jurusan seni reka tangan halus di Universiti Teknologi Mara kampus Machang.

"Mereka yang terkorban ialah Mohd Shamil Malik, dari Batu Pahat dan Mohd Rizal Mohd Zain, dari Kluang. Mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan anggota badan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah, Mohd Faizuddin Jamil dan Sazuan Rosli, dari Pekan, Pahang, dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian selepas menerima rawatan di Hospital Machang.

Malek berkata, Haziz Jailani dari Batu Pahat, diberi rawatan pesakit luar di Hospital Machang.
Difahamkan, lori berkenaan cuba membuat pusingan-U sebelum kemalangan itu berlaku dalam keadaan gelap.

Seorang rakan kumpulan penuntut itu, Mohd Fakaruddin Mahyi, 19, memberitahu pemberita mereka baru tamat peperiksaan dan ingin melepaskan tekanan peperiksaan di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Mohd Fakaruddin berkata, pada mulanya dia bercadang mengikuti rombongan itu tetapi membatalkannya kerana kereta telah penuh. - BERNAMA

Al-Fatihah...

Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my