loading...

Tuesday, March 29, 2011

Kesedihan Isteri Di Hari Ulang Tahun Suami


TUMPAT - Hasrat seorang isteri untuk meraikan hari jadi suaminya yang bakal disambut beberapa hari lagi berkecai apabila suaminya maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 11 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat kampung Bendang Luas, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Sunny yang dipandu mangsa, Mohd Zain Mohamed, 50, dipercayai dirempuh lori pasir selepas dilanggar oleh kereta jenis Toyota Corrola dari arah belakang.

Mohd Zain, pemborong ikan di Pasar Pasir Mas difahamkan maut dalam perjalanan ke Hospital Tumpat, manakala rakannya itu dikenali Mie cedera parah di kepala dan muka.

Mereka tersepit di tempat duduk masing-masing apabila kereta yang dinaiki mereka hampir ter:perosok di bawah lori terbabit, terseret hampir lima meter lalu terbabas di bahu jalan dan hampir merempuh sebuah kedai runcit.

Difahamkan, kereta mangsa dari arah Wakaf Bharu ketika bersiap untuk memasuki simpang kanan dirempuh oleh kereta Toyota Corrola dari arah belakang menyebabkan kereta mangsa memasuki jalan bertentangan lalu dirempuh lori terbabit yang menghala ke Wakaf Bharu.

Isteri mangsa, Salina Mat Rani, 33, berkata, persiapan untuk meraikan hari jadi suaminya pada Khamis ini dengan hidangan nasi minyak berkecai kerana suaminya telah pergi untuk selama-lamanya.

“Memang kami rancang untuk makan nasi minyak bersama keluarga pada hari jadi suami saya ini, lagi pun itu permintaannya yang mahukan saya masak nasi minyak

“Hajatnya itu tidak kesampaian untuk raikan hari jadinya bersama anak-anak kami,” katanya yang mempunyai dua orang anak, Nur Amirah Husna, 11 dan Mohd Amirul Iman, 5.

Menurutnya, suaminya turun dari rumah agak tergesa-gesa pagi ini (semalam) sehingga tidak sempat mengambil anaknya, Mohd Amirul Iman di tadika.

“Kebiasaannya arwah akan ambil anak kami, Mohd Amirul Iman dulu, baru dia keluar, tetapi hari ini (semalam) dia terus keluar.

“Suami saya keluar jam 10.30 pagi dengan rakannya, Mie dan sempat memberitahu dia ingin ke rumah kawannya di Wakaf Bharu,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 11.52 pagi, dia cuba menghubungi suaminya tetapi gagal kerana tidak berjawab dan cubaan kali kedua berjaya tetapi diangkat oleh seorang anggota bomba yang memaklumkan suaminya terlibat dalam kemalangan.

“Saya terus bergegas ke Hospital Tumpat, tetapi dia telah pergi untuk selama-lamanya,” katanya yang bekerja sebagai kerani di Klinik Perdana Pasir Mas.

Jenazah arwah dikebumikan di tanah perkuburan di kampung keluarganya di kampung Banggol, Pasir Mas.

Anggota Bomba dari Balai Bomba Tumpat dan Pengkalan Kubor ber:sama Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) Tumpat turut membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut dan meminta saksi-saksi kejadian tampil menghubungi Balai Polis Tumpat melalui talian 09-7257222 bagi membantu siasatan.
Sumber : Sinar Harian  29 Mac 2011
 


Tak Sempat Sambut Hari jadi.

TUMPAT - Hasrat seorang lelaki untuk menyambut hari lahir bersama-sama keluarganya tiga hari lagi tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Zain Mohamed, 50, yang juga pemborong ikan di Pasar Pasir Mas meninggal dunia manakala rakannya yang dikenali sebagai Mie, cedera di kepala dan muka.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta Nissan Sunny yang dipandu mangsa dari arah Wakaf Bharu dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Corolla.
Sumber: kosmo, 29 Mac 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my