loading...

Friday, April 26, 2013

Rakyat Filipina maut




26 April 2013
ALOR GAJAH - Seorang lelaki rakyat Filipina maut selepas kereta dinaiki bersama seorang rakan terbabas merempuh sebatang pokok di Jalan Kemus, Simpang Ampat, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.05 malam itu, mangsa, Benazir Jumin, 27, bersama rakan, Mohd Azmi Mohd Nor, 24, menaiki Proton Iswara dari Simpang Ampat ke Pulau Sebang dalam perjalanan membeli hidangan makan malam yang turut dipesan beberapa rakan lain.

Difahamkan, mangsa yang bekerja di bahagian penyelenggaraan di sebuah resort, di sini kira-kira dua tahun lalu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.

Jurucakap polis berkata, dalam keadaan hujan lebat, kereta dinaiki mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum berpusing memasuki lorong bertentangan.

"Akibat berpusing beberapa kali menyebabkan kereta merempuh pokok dan tempat duduk penumpang dihimpit pokok.

"Mangsa tersempit di tempat duduk penumpang sementara rakannya yang memandu berjaya keluar menyelamatkan diri," katanya.

Rakan mangsa, Saifullah Mohd Ali, 26, ketika ditemui berkata, sehari sebelum kejadian mangsa tidur awal daripada kebiasaannya namun terjaga semula beberapa jam kemudiannya.

"Benazir kelihatan gelisah dan mendakwa sukar tidur dan saya hanya membiarkannya sahaja.

"Malah saya juga sempat makan bersama mangsa pada sebelah siangnya," katanya yang tinggal serumah dengan mangsa bersama enam lagi rakan sekerja.

Sementara adik mangsa, Ruhilna Jumin, 25, yang ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka bagaimanapun enggan ditemu bual berikutan masih terkejut dengan kehilangan abangnya itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, PBK 2 Mohd Suhairi Mohd Sufian berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.10 malam daripada orang awam.

“Bomba terpaksa merenggangkan pintu sebelah pemandu untuk keluarkan mangsa yang tersepit dari bahagian pinggang hingga kaki pada papan kemuka dan bahagian hadapan kereta yang mengambil masa kira-kira 20 minit,” katanya disini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/warga-filipina-maut-1.154347


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my