loading...

Sunday, December 9, 2012

Maut lori bertembung lori


9 Disember 2012
KULIM - Seorang pemandu lori 49 tahun cedera parah di bahagian kaki dan badan apabila kenderaan yang dipandunya merempuh lori di hadapan di  susur keluar ke Jalan Sungai Limau kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa datang dari arah Baling menuju ke pekan Kulim.

Menurutnya, tiba di susur keluar, mangsa ternampak lori lain di hadapannya dan cuba mengelak sebelum merempuh di bahagian kiri lori terbabit.

“Akibat rempuhan kuat, mangsa tersepit dalam lori dan berjaya dikeluarkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

"Mangsa kemudiannya dikejarkan ke unit kecemasan oleh ambulans Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan segera, bagaimanapun meninggal dunia ketika sedang menjalani pembedahan.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada keluarga bagi tujuan pengebumian,” katanya.

Ismail menasihatkan pemandu kenderaan berat supaya jangan lalai ketika memandu.

Katanya kelalaian pemandu boleh mengakibatkan diri mereka dan pengguna jalan raya lain berada dalam bahaya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/pemandu-lori-maut-tak-sempat-elak-lori-lain-1.110920


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my