loading...

Thursday, December 13, 2012

7 Kakitangan UUM Nyaris Maut


13 Disember 2012
JITRA: Tujuh, termasuk pemandu parah apabila van yang dinaiki warga kerja Universiti Utara Malaysia (UUM) merempuh sebuah bas ekspres di Plaza Tol Jitra, di sini hari ini.


Dalam kejadian 7.30 pagi itu, van yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke UUM di Sintok tersebut merempuh bahagian belakang bas ekspres dari Kota Bharu, Kelantan yang sedang menunggu giliran membayar tol.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata van tersebut dipercayai dipandu laju.


Akibat rempuhan itu, bahagian depan van remuk teruk mengakibatkan pemandu yang dikenali sebagai Mohd Esman Osman, 54 serta penumpang hadapan tersepit, katanya.

Semua yang parah kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), sementara tiada penumpang bas ekspres itu cedera, katanya.

Bernama difahamkan tiga mangsa berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HSB, sementara empat lagi ditempatkan di zon kuning kerana mengalami patah kaki dan kecederaan anggota badan.

Tiga yang kritikal ialah Mohd Esman; Alina Mohd Mahdzir, 46; dan Wan Merina Wan Saad, 51, sementara yang parah pula ialah Zurina Yahya, 41; Norhaneza Nordin, 33; Nelwati Abidin, 35; dan Haslina Mohamed Shah, 39.
Dua lagi penumpang Hasliza Shafe, 50, yang juga isteri Mohd Esman; dan Noor Azura Othman, 40 hanya mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hosplital Jitra.

Sementara itu Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jitra Mohammad Darus berkata pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan semua mangsa yang cedera melalui pintu belakang van berkenaan.

Katanya bahagian depan van yang remuk menyukarkan anggotanya untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di bahagian hadapan.

Bernama difahamkan van itu diguna untuk membawa warga kerja UUM yang berulang-alik dari Alor Setar ke tempat kerja. - BERNAMA

Sumber:
bharian.com.my/bharian/articles/7parahvanrempuhbasekspresdiTolJitra/Article/
thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/12/13/nation/20121213193858&sec=nation
tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/7_Kakitangan_UUM_Nyaris_Maut.html


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my