loading...

Friday, February 17, 2012

Kemalangan 5 Kenderaan



KUANTAN – “Saya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menekan brek bagi elak rempuhan lebih kuat di belakang kereta,” kata pemilik kereta Myvi, Helmy Othman yang dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Beserah, dekat perkampungan Pelindung, semalam.

Helmy berkata, ketika kejadian, kira-kira jam 10.10 pagi itu, keadaan jalan sesak dengan kenderaan menuju ke Balok.

Katanya, sebelum itu, dia sudah mendengar dentuman kuat dari arah belakang dan beberapa saat kemudian, keretanya dirempuh pacuan empat roda sebelum berpusing dan terbalik.

Menurutnya, selepas keluar dari kereta, dia dapati sebuah bas dan tiga lagi kereta lain rosak teruk kerana dilanggar dari arah belakang.

Sementara itu, pemandu bas, R Ganesan, 44 berkata, dia membawa kira-kira 40 penumpang wanita UMNO dari Kampung Kurnia menuju ke Majlis Jamuan Rakyat 1 Malaysia yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, sebelum tiba di tempat kejadian, bas yang dipandunya menuruni jalan berbukit dan selekoh tajam mengakibatkannya merempuh pacuan empat roda di hadapannya.

“Saya tidak dapat mengelak kerana kesesakan lalu lintas dan bas mungkin akan terbalik dan lebih membahayakan jika gagal dikawal,” katanya.

Difahamkan, empat Pegawai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pahang yang menaiki pacuan empat roda cedera dan dihantar ke Poliklinik Beserah untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian itu, tiga kenderaan terbabit, dua lagi pacuan empat roda jenis Nissan dan satu kereta kancil turut rosak teruk.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/5-kenderaan-terbabit-dalam-nahas-1.24537


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my