loading...

Tuesday, December 20, 2011

Mata Pelajaran Keselamatan Jalan Raya


JOHOR BAHRU – Kementerian Pengangkutan merancang memperkenalkan mata pelajaran mengenai ­keselamatan jalan raya di peringkat sekolah menengah berikutan kes kemalangan jalan raya yang semakin meningkat membabitkan remaja.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ­kesedaran remaja mengenai cara pemanduan berhemah masih rendah dan bercadang meningkatkan kesedaran mengenai isu itu melalui pendedahan di peringkat sekolah.

“Setakat ini kita telah ­menjalankan pelbagai ­ kempen dan pendedahan mengenai pemanduan berhemah di peringkat sekolah rendah.

“Saya bercadang meluaskan silibus keselamatan jalan raya di peringkat sekolah ­menengah mulai tahun ­hadapan agar angka kemalangan jalan raya babitkan remaja dikurangkan,” katanya selepas melancarkan Malayan Tiger Train (MTT), semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes kemalangan yang menyebabkan empat remaja perempuan terbunuh di Jalan Johor Bahru-Mersing, Sabtu lalu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Cho Ha berkata, bagi projek landasan berkembar Gemas-Johor Bahru, ia kini dalam proses mengagihkan pampasan kepada ­penduduk yang diarah berpindah bagi memberi laluan ­kepada projek itu.

“Projek ini akan mula ­dijalankan mulai tahun hadapan dan dijangka mengambil masa sehingga empat tahun bagi membina landasan ­berkembar sepanjang kira-kira 200 kilometer.
“Mengenai soal pampasan, semuanya berjalan ­ dengan lancar dan tiada isu utama yang timbul malah terdapat sebahagian daripadanya yang sudah mula menerima wang pampasan yang dijanjikan,” katanya.

Cho Ha turut melahirkan penghargaannya kepada Kerajaan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang berjaya menangani isu berbangkit dan soal pemindahan penduduk dengan lancar.

Sumber: sinarharian.com.my/edisi/johor/kementerian-cadang-subjek-keselamatan-jalan-raya-1.13558

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my