loading...

Friday, July 29, 2011

Matu Ketika Memotong

CHANGKAT JONG - Akibat cuba memotong kenderaan di hadapan, seorang pemuda maut apabila kereta jenis Wira yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi di Kilometer 7.5 Teluk Intan - Bidor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 2.15 petang kelmarin melibatkan tiga kenderaan.

Menurutnya, mangsa yang maut, Paun Chee Soon, 21, berasal daripada Kampung Batu 12, Bidor, memandu dari arah Bidor ke Teluk Intan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh pacuan empat roda dari arah Teluk Intan ke Bidor.

“Pertembungan itu menyebabkan sebuah kereta jenis Honda di belakang pacuan empat roda berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian sebelum dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan.

Menurutnya, sementara pemandu pacuan empat roda berusia 40 tahun berasal dari Kampung Muhibbah, mengalami kecederaan parah dan dua penumpangnya hanya mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu kereta Honda berusia 20 tahun turut mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan.

“Punca kemalangan masih belum dikenal pasti dan kes ini disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my