Wednesday, August 13, 2014

Murid Tahun 2 Maut Terhempap Kereta Ibu


Parit Buntar: Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Megat Aris, Bagan Tiang di sini, maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandu ibunya ketika dalam perjalanan ke sekolah, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, difahamkan kenderaan itu terbabas dan terbalik akibat melanggar kabel elektrik di kiri jalan.

Mangsa Muhammad Ilham Zaki, 8, yang lengkap berpakaian sekolah maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari tingkap hadapan tempat duduk penumpang sebelum dihempap kereta itu.

Jurucakap polis mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Muridmautdihempapkeretaibu//Article







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount