loading...

Tuesday, August 19, 2014

Maut Kereta Perisai Terbalik


19 Ogos 2014, SANDAKAN: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi parah selepas sebuah kereta perisai Adnan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbalik di Jalan Sungai Tiram, Batu 19, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat yang parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini, untuk rawatan lanjut.

Dua anggota tentera yang maut ialah Mohd Hanif Patahur Rahim, 31, dan Ahmad Fikri Mansor, 23.

Mereka yang cedera ialah pemandu kereta perisai, Mohd Faizal Ahmad, 29; Mohd Amaruddin Che Soh, 29; Mohamad Haffez Khairudin, 24; dan Ifaiznor Ismail, 29.

Mereka bersama anggota yang cedera adalah dari Kem Batu 10 di Kuantan, Pahang yang bertugas di sini mengikut Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai 15 Jun lalu hingga 15 September ini.

Difahamkan, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan bersama sebuah lagi kereta perisai selepas menjalankan rondaan keselamatan di sebuah resort di sini.

Jenazah kedua-dua mangsa, Mohd Hanif yang berasal dari Johor dan Ahmad Fikri dari Kelantan, akan dihantar pulang ke kampung halaman mereka, esok.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/1448


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my