Monday, August 25, 2014

Maut Bertembung Lori


PASIR MAS - Seorang lelaki maut manakala dua lagi mengalami cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori seberat tiga tan di Kampung Jakar, di sini semalam.

 Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa Ahmad Noor Hassan, 28, maut di tempat kejadian selepas didapati tersepit di bahagian tempat duduk hadapan di sebelah penumpang.

 Dalam pada itu pemandu kereta jenis Proton Waja dan lori hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di Hospital Pasir Mas.

 Difahamkan kereta dinaiki mangsa bersama dengan rakannya tersebut bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

 Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Eltaraff Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.42 pagi.

 Katanya, seramai lima anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi pada jam 7.58 pagi.

 “Ketika anggota bomba sampai, mangsa telah tersepit di bahagian tempat duduk sebelah penumpang dan sudah pun meninggal dunia akibat kecederaan parah,” kata Eltaraff.

 Beliau berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 8.15 pagi.

 “Manakala kedua-dua pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami kecederaan serius dan dihantar oleh penduduk kampung ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya. - SH



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount