Sunday, June 29, 2014

Guru maut bertembung treler



GERIK - Seorang guru wanita maut manakala suaminya parah selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di  Kilometer  38.7 Jalan Raya Timur Barat, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Zahilah Ab Aziz, 36, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan tangan.

Manakala, suami mangsa, Mohd Najib Ibrahim, 37, yang turut cedera parah dibawa ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Bahrum mengesahkan menerima laporan kejadian ketika dihubungi.

Menurutnya, ketika kejadian, pacuan empat roda dipandu Mohd Najib hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan serta bertembung dengan sebuah treler yang datang dari arah bertentangan.

“Kenderaan yang dinaiki pasangan guru yang mengajar di Teluk Intan ini dipercayai dipandu laju.

“Semasa melalui selekoh menuruni bukit, pemandu pacuan empat roda itu gagal mengawal kenderaannya,” katanya.

Abdul Manab berkata, kereta Ford Ranger yang dipandu laju terus melanggar bahagian hadapan treler kerana tidak sempat memperlahankan kenderaan.

"Mayat Zahilah dihantar ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada Sinar Harian.

Kedua-dua mangsa nahas terbabit yang tersepit dikeluarkan oleh  anggota Bomba dan Penyelamat Gerik.

Sumber bomba berkata, peralatan khas digunakan untuk meregang pintu kenderaan bagi mengeluarkan mangsa.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/guru-maut-kereta-rempuh-treler-1.294672



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount