loading...

Thursday, January 30, 2014

3 Maut 3 Kenderaan



Inalillahi wainailaihi rojiun

30 Januari 2014
KUALA TERENGGANU: Tiga maut manakala dua beradik parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Kampung Sungai Ikan, di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 10 pagi itu, pemandu Proton Waja, Sajunairi Nafi, 31, dari Pasir Puteh, Ayer Lanas, Kelantan serta pemandu dan penumpang depan Perodua Myvi, Amin Mohamad, 31, dan Hamidah Amit, 42, dari Bandar Permaisuri, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi penumpang Perodua Myvi iaitu Nurul Hidayu Mohd Nasir dan Nurul Hafizal Mohd Nasir dari Bandar Permaisuri dilaporkan parah dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Waja dipandu Sajunairi yang datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Setiu dikatakan hilang kawalan sebelum masuk ke laluan Perodua Myvi.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan kenderaan dinaiki Sajunairi melanggar Perodua Myvi dipandu Amin sebelum Proton Waja itu berpusing dan merempuh pula sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellifire yang sebelum ini berada di belakang Proton Waja.


"Akibat kejadian itu, tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua mangsa yang parah dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, pemandu Vellfire tidak mengalami kecederaan," katanya.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Tigamautnahastigakenderaan//Article?BeritaUtama



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my