loading...

Monday, March 19, 2012

Kes langgar lari pelumba Basikal Le Tua Selesai


Inalillahi wainailaihi rojiun

KUALA LUMPUR: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kes langgar lari membabitkan pelumba dari Kelab Basikal Le Tua yang maut dirempuh kereta berhampiran Taman Melawati, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata siasatan kes itu selesai selepas seorang lelaki berusia 20 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 11 pagi semalam.

"Kita telah merakam keterangan suspek untuk melengkapkan siasatan kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Amiruddin berkata lelaki warga tempatan itu dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 4 petang hari yang sama.

Polis akan menyerahkan kertas siasatan itu kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut, katanya.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, Rafizi Hamdan, 37, mati di tempat kejadian selepas dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga, ketika berbasikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Taman Melawati ke arah Gombak.

Kenderaan itu kemudian meninggalkan tempat kejadian, namun nombor pendaftaran kenderaan terbabit tercicir di situ akibat kemalangan tersebut.

Allahyarham Rafizi yang bekerja di CIMB Bank di ibu kota, dilaporkan dalam perjalanan menyertai aktiviti berbasikal bersama anggota kelab tersebut di kawasan Batu 12, Gombak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan membahaya sehingga menyebabkan kematian. - Bernama

18 Mac 2012
KUALA LUMPUR: Pelumba Kelab Basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, 37, maut dalam satu kejadian langgar lari di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di kilometer 20.2, Taman Melawati, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa, dari Bukit Kepayang, Negeri Sembilan, dirempuh dari belakang oleh sebuah Proton Saga yang dipercayai dipandu laju.
Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftarannya tertanggal berhampiran mayat mangsa.
Rafizi yang dikatakan dalam perjalanan mengayuh basikal untuk bertemu ahli kelab yang lain di Hospital Orang Asli, Batu 12, Gombak, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan sebagai kejadian langgar lari namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemandu kereta berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan mendapati pemandu kereta gagal mengawal keretanya lalu merempuh basikal mangsa hingga mengakibatkan mangsa tercampak,” katanya.
Katanya, usaha mengesan pemandu terbabit giat dijalankan dan pihaknya yakin mangsa dapat diberkas dalam masa terdekat berdasarkan nombor pendaftaran yang ditemui.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Polisselesaisiasatankespelumbabasikalmautdirempuhkereta/Article/index_html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my