loading...

Friday, January 13, 2012

Abah mahu pergi mana

Inalillahi wainailaihi rojiun

SEREMBAN 12 Jan. - Seorang pesara tentera maut manakala isterinya cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Pekan Nilai, dekat sini awal pagi tadi.

Akibat kemalangan pukul 5.30 pagi itu, Ridzuan Shaari, 38, maut di tempat kejadian.

Isteri mangsa, Suhaini Md. Nor, 35, pula mengalami kecederaan parah dan dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang menunggang motosikal dari Labu ke Nilai bertembung dengan sebuah kereta yang terbabas dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang yang mengesahkan perkara itu berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.


Abah mahu pergi mana

“Abah mahu pergi mana?,” kata Nur Qistina Ridzuan, 6, yang terpinga-pinga ketika bertanyakan soalan itu beberapa kali kepada saudara-mara sebaik melihat van membawa jenazah bapanya keluar dari hospital, semalam.

Dalam kemalangan jam 5.30 pagi semalam, bekas tentera, Ridzuan Shaari, 38, terbunuh selepas motosikal ditungganginya dirempuh kereta dipercayai dipandu laju di Jalan Pekan Nilai, dekat sini.

Lebih memilukan, isteri mangsa, Suhaini Md Nor, 35, seorang jururawat yang membonceng motosikal itu parah dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) akibat pendarahan dalam perut.

Tragedi hitam itu meninggalkan kesan mendalam kepada tiga anak mangsa yang masih kecil iaitu Nur Qamarina, 8, Nur Qistina serta Nur Qaisara Qashrina, 4, yang kini bergelar anak yatim.

Ibu saudara mangsa, Habibah Sulup, 53, berkata, ahli keluarga sememangnya sukar menerangkan kematian bapa mereka selain keadaan ibu mereka yang berjuang dengan maut kerana mereka masih kecil untuk memahami.

Al-Fatihah

Sumber:
utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm
hmetro.com.my/myMetro/articles/2012011302114320120113021143/Article/index_html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my